Perhatikan Nombor Pin Kad ATM Anda

on Sunday 7 October 2012

Dalam dunia sekarang ni jangan percayakan sesiapa kecuali Mak dengan Ayah kita. Bukannya tak boleh nak percaya tapi cuma hati-hati je dengan siapa yang anda percaya, mungkin kepercayaan yang anda berikan kepada kawan dan sebagainya boleh dikhianati, manusia ni bila dah terdesak apa pun boleh dia lakukan.

Berbalik kepada tajuk "Perhatikan Nombor Pin Kad ATM anda" Jal sebenarnya ada satu kisah yang nak dikongsikan pada pembaca-baca sekalian, Jal pernah bawa cerita ni di blog Maza Mohd dan Jal rasa perlu bawakan sekali lagi kisah ni disini kerana menepati dengan isu dan tema blog ini.
Credit : Bank Islam Malaysia Berhad @ http://cikazimasabdullah.blogspot.com/2013/05/part-1-buka-akaun-baru-bank-islam.html
Kawan Jal satu masa yang lalu telah kehilangan sejumlah wang dari akaun bank dia, jadi sewaktu membuat laporan pihak polis menyalahkan balik kawan Jal kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank iaitu nombor pin tidak boleh berasal dari:
  • Nombor telefon
  • Nombor kad pengenalan
  • Tarikh lahir
Cukup sahaja kisah kawan Jal tu, kita teruskan dengan tajuk kita. Percaya tak kebanyakan penjenayah adalah orang yang pintar dan cerdik pandai. Bila kita dah gunakan nombor ic sebagai nombor pin bukankah si penjenayah yang bijak tadi akan mengambil kesempatan terhadap peluang tersebut. 

Bukannya susah penyeluk saku sebagai contoh, bila dah dapat curi dompet mesti dapat kad ATM, Ic dan sebagainya, so kalau dah nombor pin adalah sama dengan nombor ic bukankah penyeluk saku tu boleh melesapkan wang dari akaun kita??

Jadi Perhatikan Nombor Pin Kad ATM Anda

PRODUCED FOR 1CITIZEN




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Revolusi Dunia Maya All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal