Membina kata laluan yang kukuh

on Sunday, 14 October 2012


Kebanyakan manusia suka mengambil mudah dalam meletakkan kata laluan dalam sesuatu aplikasi mereka, jadi apabila diambil mudah so mudah la juga penceroboh nak meceroboh aplikasi kita seperti facebook. Apabila gambar-gambar didalam aplikasi tersebut dicuri nak bising tak boleh dah sebab nasi dah jadi bubur, tapi kita boleh elakkan ianya dari berlaku, terus kan pembacaan.
Credit : http://article-stack.com/concept-ideas/how-to-save-mobiles-from-thieves-idea-for-mobile-manufacturer-companies.amty
Kata laluan yang baik membolehkan penceroboh agak sukar untuk menceroboh akaun-akaun aplikasi anda seperti facebook, permasalahannya sekarang cukup kuat dan kukuh ke kata laluan aplikasi-aplikasi anda? Mari kita semak:

Step 1: pergi ke link ini http://www.passwordmeter.com/
Credit : http://www.passwordmeter.com
Masukkan kata laluan anda kedalam ruangan yang diberikan. Kemudian keputusan akan keluar seperti gambar dibawah:
Credit : http://www.passwordmeter.com
Anda sendiri boleh menilai kekuatan kata laluan anda sama ada penceroboh boleh menceroboh akaun aplikasi-aplikasi anda ataupun tidak.

Credit to my first blog : http://sayagilerpurple.blogspot.com/2012/10/elakkan-dari-di-hack.html

Perhatikan Nombor Pin Kad ATM Anda

on Sunday, 7 October 2012

Dalam dunia sekarang ni jangan percayakan sesiapa kecuali Mak dengan Ayah kita. Bukannya tak boleh nak percaya tapi cuma hati-hati je dengan siapa yang anda percaya, mungkin kepercayaan yang anda berikan kepada kawan dan sebagainya boleh dikhianati, manusia ni bila dah terdesak apa pun boleh dia lakukan.

Berbalik kepada tajuk "Perhatikan Nombor Pin Kad ATM anda" Jal sebenarnya ada satu kisah yang nak dikongsikan pada pembaca-baca sekalian, Jal pernah bawa cerita ni di blog Maza Mohd dan Jal rasa perlu bawakan sekali lagi kisah ni disini kerana menepati dengan isu dan tema blog ini.
Credit : Bank Islam Malaysia Berhad @ http://cikazimasabdullah.blogspot.com/2013/05/part-1-buka-akaun-baru-bank-islam.html
Kawan Jal satu masa yang lalu telah kehilangan sejumlah wang dari akaun bank dia, jadi sewaktu membuat laporan pihak polis menyalahkan balik kawan Jal kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank iaitu nombor pin tidak boleh berasal dari:
  • Nombor telefon
  • Nombor kad pengenalan
  • Tarikh lahir
Cukup sahaja kisah kawan Jal tu, kita teruskan dengan tajuk kita. Percaya tak kebanyakan penjenayah adalah orang yang pintar dan cerdik pandai. Bila kita dah gunakan nombor ic sebagai nombor pin bukankah si penjenayah yang bijak tadi akan mengambil kesempatan terhadap peluang tersebut. 

Bukannya susah penyeluk saku sebagai contoh, bila dah dapat curi dompet mesti dapat kad ATM, Ic dan sebagainya, so kalau dah nombor pin adalah sama dengan nombor ic bukankah penyeluk saku tu boleh melesapkan wang dari akaun kita??

Jadi Perhatikan Nombor Pin Kad ATM Anda

PRODUCED FOR 1CITIZEN




Berhati-hati Dengan Panggilan Telefon

on Saturday, 6 October 2012

Kalau dapat panggilan hangit dari HOT FM ok lagi kan, kalau dapat panggilan hangit dari pihak bank(palsu) macam mana? Sekarang ni nak ceritakan pengalaman ayah Jal yang pernah terima panggilan dari pihak bank(palsu).
  • Panggilan dilakukan dari telefon bimbit (012, 013, 014, ...)
  • Panggilan dilakukan pada hari minggu (Pejabat cuti)
Masa tu ayah ada terima satu panggilan dari nombor 012.... dia menyatakan bahawa dia dari pihak bank dan menyatakan bahawa akaun bank ayah Jal mempunyai masalah, oleh itu dia meminta no akaun dan juga no pin. Dalam orang tu nak menipu, dia yang ditipu balik sebab ayah Jal beritahu yang beliau tidak mengingati no akaun tersebut dan pada masa yang sama ayah Jal menyatakan dia sedang bekerja di "Balai Polis Bukit Aman" terus orang yang membuat panggilan tersebut, " is okey later saya telefon balik".

Apakah maksudnya tu?? Tak semua panggilan telefon tu palsu, jangan pulak nanti ada member yang telefon taknak jawab taku panggilan hangit.

PRODUCED FOR 1CITIZEN

Jangan Lupa LOGOUT

Kafe siber kedai komputer yang menyediakan perkhidmatan internet. Mungkin semenjak dua menjak kebelakangan ni perniagaan kafe siber tergugat sikit, disebabkan ramai yang sudah berjinak-jinak dengan wifi di rumah dan sebagainya.


Pernah perasan tak ada individu selepas menggunakan internet di kafe siber lupa atau sengaja dilupakan untuk mengLogOut aplikasi mereka. Pada masa ini lah orang-orang yang bertopengkan syaitan akan mengambil kesempatan dengan mencuri gambar pemilik akaun aplikasi tersebut dan mengutuk mereka. Sebagai contoh seperti gambar dibawah:
Credit : Fanpage ANTI Pavilion KL Kids @ https://www.facebook.com/pages/ANTI-Pavilion-KL-Kids/142505149149232?fref=ts
Gambar tersebut telah dipost disatu fanpage, bayangkan mesti pemilik tersebut akan rasa malu apabila ada orang yang menegur bila berjumpa diluar. Tapi kalau gambar tu diedit berbogel or macam dekat bawah ni :
Credit : http://taotauajer.blogspot.com/2011/11/wtf-gambar-ong-kim-swee-dan-badrul.html
Ada orang yang suka tengok gambar macamtu, tapi kalau tuan punya gambar yang tengok gambar tu apa dorang rasa agaknya??

Jadi berhati-hatilah semasa menggunakan internet di kafe siber atau di mana-mana sekali pun, yang penting LOGOUT jangan lupa.

PRODUCED FOR 1CITIZEN

Jenayah Kad Kredit (part 1)

Di Malaysia sahaja hampir sembilan juta penduduk yang terdiri dari kalangan belia mempunyai satu dan lebih kad kredit. Dalam kalangan sembilan juta tersebut agak-agak berapa ramai yang sedar penggunaan kad kredit yang bukan sahaja boleh menyebabkan seseorang diisytiharkan muflis malah akan menyebabkan pemilik kad kredit meringkuk didalam penjara, fikir-fikirkan!
Credit : Maybank Islamic @  http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/awas-taktik-terbaru-penipuan-kad-kredit.html
Diisytiharkan muflis dikalangan pengguna kad kredit mungkin biasa didengar, sehingga ada kajian yang mengatakan bahawa,  "Generasi Y Malaysia bakal MUFLIS di usia muda". Tatapi pernah dengar tentang pemilik kad kredit meringkuk didalam penjara diatas kesalahan yang tidak dilakukan.

Ianya tidak mustahil jikalau pemilik kad kredit tidak berhati-hati semasa menggunakan kad kredit. Jangan terkejut penjenayah yang semuanya bijak-bijak belaka di zaman ini, boleh menggunakan data-data yang ada pada kad kredit anda untuk melakukan jenayah dan anda yang akan mendapat balasan dari jenayah yang dilakukan oleh mereka.

Contoh bagaimana jenayah kad kredit berlaku?
  • Penjenayah akan mencuri nombor kad dan nombor unik kad tersebut.
  • Penjenayah akan memalsukan kad anda.
  • Penjenayah akan melakukan urus niaga haram seperti membeli dadah dengan menggunakan kad tersebut.
  • Pihak berkuasa dapat mengesan urus niaga haram berlaku.
  • Mereka mencari dalang disebalik urus niaga tersebut.
  • Pemilik kad kredit tersebut akan dipersalahkan.
Credit : http://duniacacamarba.blogspot.com/2012/09/suspek-tetak-tangan-wanita-ditahan.html
Nampak contoh yang saya terangkan diatas, mungkin contoh ini tidak sahih disebabkan taktik jenayah yang sebenar hanya diketahui oleh penjenayah sahaja.

Bersambung .... (part 2)

PRODUCED FOR 1CITIZEN

 
© Revolusi Dunia Maya All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal