Jenayah Kad Kredit (part 1)

on Saturday, 6 October 2012

Di Malaysia sahaja hampir sembilan juta penduduk yang terdiri dari kalangan belia mempunyai satu dan lebih kad kredit. Dalam kalangan sembilan juta tersebut agak-agak berapa ramai yang sedar penggunaan kad kredit yang bukan sahaja boleh menyebabkan seseorang diisytiharkan muflis malah akan menyebabkan pemilik kad kredit meringkuk didalam penjara, fikir-fikirkan!
Credit : Maybank Islamic @  http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/awas-taktik-terbaru-penipuan-kad-kredit.html
Diisytiharkan muflis dikalangan pengguna kad kredit mungkin biasa didengar, sehingga ada kajian yang mengatakan bahawa,  "Generasi Y Malaysia bakal MUFLIS di usia muda". Tatapi pernah dengar tentang pemilik kad kredit meringkuk didalam penjara diatas kesalahan yang tidak dilakukan.

Ianya tidak mustahil jikalau pemilik kad kredit tidak berhati-hati semasa menggunakan kad kredit. Jangan terkejut penjenayah yang semuanya bijak-bijak belaka di zaman ini, boleh menggunakan data-data yang ada pada kad kredit anda untuk melakukan jenayah dan anda yang akan mendapat balasan dari jenayah yang dilakukan oleh mereka.

Contoh bagaimana jenayah kad kredit berlaku?
  • Penjenayah akan mencuri nombor kad dan nombor unik kad tersebut.
  • Penjenayah akan memalsukan kad anda.
  • Penjenayah akan melakukan urus niaga haram seperti membeli dadah dengan menggunakan kad tersebut.
  • Pihak berkuasa dapat mengesan urus niaga haram berlaku.
  • Mereka mencari dalang disebalik urus niaga tersebut.
  • Pemilik kad kredit tersebut akan dipersalahkan.
Credit : http://duniacacamarba.blogspot.com/2012/09/suspek-tetak-tangan-wanita-ditahan.html
Nampak contoh yang saya terangkan diatas, mungkin contoh ini tidak sahih disebabkan taktik jenayah yang sebenar hanya diketahui oleh penjenayah sahaja.

Bersambung .... (part 2)

PRODUCED FOR 1CITIZEN

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Revolusi Dunia Maya All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template from Forblogger.net|Design byBudak Nakal