Kalau dapat panggilan hangit dari HOT FM ok lagi kan, kalau dapat panggilan hangit dari pihak bank(palsu) macam mana? Sekarang ni nak ceritakan pengalaman ayah Jal yang pernah terima panggilan dari pihak bank(palsu).
Bukti panggilan tersebut palsu:
Credit : http://bluetoneblog.com/are-cell-phones-safe-for-your-kids/beautiful-business-kid-use-mobile-phone/ |
- Panggilan dilakukan dari telefon bimbit (012, 013, 014, ...)
- Panggilan dilakukan pada hari minggu (Pejabat cuti)
Masa tu ayah ada terima satu panggilan dari nombor 012.... dia menyatakan bahawa dia dari pihak bank dan menyatakan bahawa akaun bank ayah Jal mempunyai masalah, oleh itu dia meminta no akaun dan juga no pin. Dalam orang tu nak menipu, dia yang ditipu balik sebab ayah Jal beritahu yang beliau tidak mengingati no akaun tersebut dan pada masa yang sama ayah Jal menyatakan dia sedang bekerja di "Balai Polis Bukit Aman" terus orang yang membuat panggilan tersebut, " is okey later saya telefon balik".
Apakah maksudnya tu?? Tak semua panggilan telefon tu palsu, jangan pulak nanti ada member yang telefon taknak jawab taku panggilan hangit.
PRODUCED FOR 1CITIZEN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment